Dogecoin 2.0 Terima Amaran Selepas Meroket Lebih 170%

Dogecoin 2.0 Terima Amaran Selepas Meroket Lebih 170%

DOGE2 merupakan copycat DOGE yang tampil mengaku sebagai ‘Upgraded Dogecoin’ dalam bentuk token kewangan desentralisasi (DEFI) di Binance Smart Chain (BSC).To get more news about CHZ, you can visit wikibit.com official website.
  Token ini dilancarkan pada awal Mei, disusuli dengan penyenaraian di beberapa bursa lain menyebabkan harganya meroket tinggi dalam masa yang singkat.
  Kemunculan DOGE2 mengundang rentan dari pihak Dogecoin Foundation yang telah memberi amaran tegas kepada Dogecoin 2.0:
  “Kami berharap pihak mereka pertimbangkan permintaan penukaran nama baru bagi projek tersebut supaya tidak melanggar hak dan reputasi projek Dogecoin. Kami teruja menantikan sebarang inovasi mereka pada masa akan datang.”
  Untuk pengetahuan, Dogecoin Foundation sama sekali tidak terlibat dengan penubuhan DOGE2.
  Persamaan dari segi namanya, Dogecoin-Dogecoin 2.0 berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelabur, terutama jika projek DOGE2 berhadapan dengan isu besar.
  Dogecoin Foundation merupakan sebuah organisasi yang menyediakan sokongan terhadap pembangun dan projek-projek berkaitan Dogecoin. Organisasi ini juga turut menyenaraikan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin dan Elon Musk sebagai ahli lembaga yang baharu.
  Ketika penulisan, DOGE2 didagangkan pada $0.1146. Aset ini mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $0.16 pada awal pagi tadi, menunjukkan penyusutan lebih 25%.
  Manakala DOGE mencatatkan nilai dagangan $0.29, susut lebih 2% dalam 24 jam dan lebih 60% daripada ATH, $0.74 pada 8 Mei lalu.


freeamfva

2113 مدونة المشاركات

التعليقات